Arkib Berita

Lawatan Mahabbah Dan Ilmiah Darul Quran MAIK Ke KAQSA Dan USIM

Pada 5 hingga  8 Noverber 2024 , Darul Quran MAIK telah mengadakan lawatan mahabbah dan ilmiah ke Kolej al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Lawatan ini telah disertai oleh seramai 34 orang pelajar Darul Quran MAIK yang terdiri daripada 29 orang pelajar semester 3 serta 6 orang pimpinan pelajar.Rombongan lawatan ini diiringi oleh 3 orang pensyarah dan 2 orang staf sokongan dengan diketuai oleh Af Us Asmazawawi Bin Mohamed iaitu Ketua Seksyen Hal Ehwal Akademik selaku ketua rombongan.

Objektif utama lawatan ini diadakan bertujuan membawa pelajar melihat lebih dekat lagi salah satu institusi yang menjalankan Program Diploma al-Quran dan al-Qiraat Darul Quran JAKIM sebagaimana yang dijalankan oleh Darul Quran MAIK disamping menimba pengalaman melalui lawatan ini.

Manakala semasa lawatan di USIM , para pelajar telah diberi taklimat oleh En Shamsul Hakim iaitu pensyarah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah berkaitan bidang pengajian yang dilaksanakan di fakulti ini.Di sini para pelajar telah dicadangkan untuk menyambung pengajian yang berkaitan dengan pengajian diploma iaitu Program Ijazah Qiraat dengan Kepujian.Ketua Program pengajian ini , iaitu Dr Hayati Hussin telah menyampaikan taklimat ringkas berkaitan kursus-kursus yang akan dipelajari melalui program ini.

Selain dari 2 institusi pengajian ini , para pelajar juga dibawa melawat ke Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya dan Kompleks Falak al-Khawarizmi di Alor Gajah , Melaka.

Diharap melalui program lawatan ini , para pelajar dapat menambah pengetahuan tentang tempat-tempat yang dilawati disamping memberi pengalaman yang berharga kepada mereka.

flickr

www.flickr.com

 

Disediakan Oleh : Noor Aishah Binti Othman

HUBUNGI KAMI

JUMLAH PENGUNJUNG

Hari Ini: 2
Kelmarin: 2
Minggu Ini: 13
Bulan Ini: 15
Jumlah: 394