Seksyen Hal Ehwal Akademik
PENGENALAN
Seksyen Hal Ehwal Akademik merupakan salah satu seksyen utama di DQ MAIK. Seksyen ini bertanggungjawab bagi memastikan kualiti program yang ditawarkan memenuhi standard Malaysian Qualifications Agency (MQA). Bagi mencapai tujuan tersebut, seksyen ini bertanggungjawab mengurus hal ehwal akademik pelajar dan meningkatkan kompetensi pensyarah merangkumi pengurusan pendaftaran subjek, pelaksanaan program sokongan akademik, pengurusan peperiksaan dan penilaian, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memastikan prasarana akademik yang kondusif. Unit ini diketuai oleh Ketua Seksyen Hal Ehwal Akademik dengan dibantu oleh Pengawai- Pegawai Penyelaras Unit Pengajian.
UNIT-UNIT DI BAWAH HAL EHWAL AKADEMIK
- Unit Pengajian Tahfiz dan Qiraat
- Unit Pengajian Islam
- Unit Pengajian Bahasa
- Unit Pengajian Umum
- Unit Penilaian dan Peperiksaan
- Unit Penyelarasan Hal Ehwal Akademik (Siswi)
1. UNIT PENGAJIAN TAHFIZ DAN QIRAAT
PENGENALAN
Penubuhan unit ini adalah bertujuan membantu Seksyen Hal Ehwal Akademik bagi memastikan segala urusan berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam subjek hafazan al-Quran dan al-Qiraat berjalan dengan lancar dan bertanggungjawab merancang program sokongan akademik berkaitan hafazan al-Quran dan al-Qiraat. Unit ini diketuai oleh Pegawai Penyelaras Pengajian Tahfiz dan Qiraat.
KURSUS-KURSUS DI BAWAH UNIT PENGAJIAN TAHFIZ DAN QIRAAT
SUKATAN AL-QURAN BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT
2. UNIT PENGAJIAN ISLAM
PENGENALAN
Unit Pengajian Islam bertanggungjawab terhadap kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kursus-kursus berkaitan bidang Pengajian Islam selaras dengan sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) DQ JAKIM dan bertanggungjawab merancang program sokongan akademik berkaitan Pengajian Islam. Unit ini diketuai oleh Pegawai Penyelaras Pengajian Islam.
KURSUS-KURSUS DI BAWAH UNIT PENGAJIAN ISLAM
3. UNIT PENGAJIAN BAHASA
PENGENALAN
Unit ini bertanggungjawab terhadap kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi kursus-kursus berkaitan bahasa selaras dengan sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) DQ JAKIM dan bertanggungjawab merancang program sokongan akademik berkaitan kursus Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Unit ini diketuai oleh Pegawai Penyelaras Pengajian Bahasa.
KURSUS-KURSUS DI BAWAH UNIT BAHASA
4. UNIT PENGAJIAN UMUM
PENGENALAN
Unit ini bertanggungjawab terhadap kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi kursus-kursus yang berkaitan dengan pengajian umum selaras dengan sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) DQ JAKIM dan bertanggungjawab merancang program sokongan akademik berkaitan Pengajian Umum. Unit ini diketuai oleh Pegawai Penyelaras Pengajian Umum.
KURSUS-KURSUS DI BAWAH UNIT PENGAJIAN UMUM
5. UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
PENGENALAN
Unit Penilaian dan Peperiksaan bertanggungjawab untuk merancang, mengurus dan melaksanakan serta menyelaras segala aktiviti yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan pelajar berpandukan kepada garis panduan dan peraturan penilaian yang telah ditetapkan pihak Darul Quran JAKIM. Unit ini diketuai oleh Pegawai Penyelaras Penilaian dan Peperiksaan.