SOALAN LAZIM (FAQ)
- Written by: admin
- Published in Uncategorised
- Hits: 51
- 1.Apakah peringkat pengajian di Darul Quran MAIK?
- - Darul Quran MAIK menjalankan program pengajian di peringkat Diploma.
- 2. Apakah jenis program yang ditawarkan di Darul Quran MAIK?
- - Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat.
- 3. Adakah silibus pembelajaran di sini hanya menghafal Al-Quran sahaja tanpa akademik?
- - Silibus pembelajaran di Darul Quran MAIK merangkumi bidang pengajian agama (Ilmu Al-Quran dan Pengajian Islam) serta bidang akademik (Pengajian Malaysia, Bahasa Inggeris dan Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal.
- 4. Apakah kursus elektif yang ditawarkan di Darul Quran MAIK?
- - Program Diploma Tahfiz Al-Quran (Syukbah Qiraat) - Siswa.
- - Program Diploma Tahfiz Al-Quran (Syukbah Muamalat) – Siswi
- 5. Adakah pengajian di Darul Quran MAIK diiktiraf oleh MQA atau tidak?
- - Ya. Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat MAIK merupakan program di bawah Darul Quran JAKIM dan mendapat pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- 6. Berapakah tempoh pengajian di Darul Quran MAIK?
- - 6 semester (3 tahun).
- 7. Ke manakah hala tuju selepas tamat pengajian di Darul Quran MAIK?
- - Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam dan luar negara.
- 8. Apakah syarat-syarat kelayakan kemasukan ke Darul Quran MAIK?
- - Maklumat berkenaan syarat-syarat kelayakan boleh dirujuk di pautan: https://www.e-maik.my/v2/perkhidmatan-kami/mtq/.
- 9. Siapakah yang layak untuk memohon??
- - Pelajar lepasan SPM yang berumur 17-21 tahun semasa pendaftaran.
- 10. Bilakah pendaftaran baru akan dibuka?
- - Setiap tahun pada bulan Mac (Tertakluk kepada perubahan takwim Darul Quran).
- 11. Bagaimanakah cara jika saya ingin mendaftarkan anak di Darul Quran MAIK?
- - Tuan/Puan boleh mendaftarkan anak secara online di Portal MAIK.
- 12. Berapakah yuran pengajian di Darul Quran MAIK?
- - Tiada yuran pengajian dikenakan. Hanya yuran pendaftaran sahaja dikenakan. (Tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa).
- 13. Di manakah lokasi Darul Quran MAIK?
- - Siswa : Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, Lot 2136, Jalan Perempuan Zainab II, Panji, Kelantan, 16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
- - Siswi : Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (Perempuan), Lot 5166 Kampung Cabang 3, Jalan Pasir Mas Salor, Kota Bharu.
- 14. Adakah asrama disediakan?
- - Ya, asrama disediakan untuk semua siswa dan siswi. Siswa ditempatkan di Darul Quran MAIK, Panji manakala siswi di Darul Quran MAIK (Perempuan), Pendek.
- 15. Adakah elaun disediakan?
- - Elaun (wang saku dan makan minum) disediakan kepada pelajar setiap bulan.
- 16. Sekiranya saya mempunyai persoalan mengenai kemasukan, kepada siapakah yang saya boleh hubungi untuk mendapatkan maklumat tersebut?
- - Sebarang pertanyaan boleh diemel kepada mtq[at]e-maik[dot]my atau hubungi di talian +609-7744363.