Perutusan Mudir Darul Quran MAIK
- Written by: admin
- Published in Portal Info
- Hits: 119

Alhamdullilah, segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izin serta petunjukNya, Darul Quran MAIK yang ditubuhkan pada tahun 1993 dapat melahirkan ramai generasi Al-Quran serta mampu berbakti kepada masyarakat di seluruh Negara.
Syabas dan tahniah di atas kejayaan Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dengan kerjasama Unit Teknologi Maklumat MAIK yang telah mula membangunkan portal rasminya pada tahun 2013, selaras dengan hasrat dan matlamat MAIK dan kepimpinan negara untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan maklumat melalui perkembangan dunia ICT yang begitu pesat tanpa had sempadan.
Segala informasi yang disediakan diharap dapat memudahkan orang ramai berurusan dengan Maahad Tahfiz Al-Quran khususnya dan MAIK amnya. Portal ini juga dapat membantu Darul Quran MAIK dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah institusi pendidikan ilmu Al-Quran dan Qiraat bertaraf diploma yang telah mendapat pengiktirafan oleh pihak kerajaan Malaysia di bawah kelolaan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Akhir kata, selamat melayari Laman Rasmi Darul Quran MAIK. Semoga dengan terbinanya portal ini, Darul Quran MAIK dapat mengorak langkah dengan lebih efisyen serta mampu berjalan seiring dengan maahad-maahad tahfiz (LTDQ) yang ada di seluruh Negara.
Sekian,wassalam
YBRS. MAHAMAD AZMI BIN ZAKARIA
Mudir
Darul Quran
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan