Seksyen Khidmat Pengurusan

Seksyen Khidmat Pengurusan

 

PENGENALAN

Seksyen Khidmat Pengurusan merupakan antara nadi utama DQ MAIK yang bertanggungjawab mengurus hal-hal pentadbiran am selaras dengan arahan perkhidmatan, urusan pengambilan pelajar, pembayaran termasuk perolehan, perkhidmatan, elaun pelajar dan pensyarah jemputan, menyelaras penyediaan peruntukan tahunan, menyediakan perkhidmatan sokongan bagi keperluan pembelajaran dan bahan bacaan kepada pelajar, berindak sebagai penyampai maklumat berkaitan arahan pentadbiran dan perkhidmatan kepada tenagakerja DQ MAIK serta menjadi platform hebahan berkaitan DQ MAIK kepada umum. Unit ini diketuai oleh Pendaftar dengan dibantu oleh Ketua - Ketua Unit.

UNIT-UNIT DI BAWAH SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN

  1. Unit Pengurusan Am
  2. Unit Komunikasi dan Multimedia
  3. Unit Perpustakaan
  4. Unit Pentadbiran Siswi

1. UNIT PENGURUSAN AM

PENGENALAN

Unit ini bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiram am DQ MAIK di KIJP, Panji, Kota Bharu meliputi pengurusan infrastruktur, kebersihan, keceriaan, inventori, aset, surat dan fail, rekod data peribadi kakitangan dan pelajar, sumber manusia, pengambilan pelajar, pengurusan aduan, perolehan dan kewangan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Pengurusan Am.

2. UNIT KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

PENGENALAN

Unit Komunikasi dan Multimedia merupakan unit yang bertindak sebagai penyelaras dan pemudahcara diantara pihak DQ MAIK dengan pihak luar, penyampai maklumat berkaitan aktiviti, program dan semua hebahan umum berkenaan DQ MAIK, menyelaras dan memantau pengemaskinian maklumat dan kandungan laman web rasmi serta pengurusan peralatan multimedia. Unit ini diketuai oleh Pen. Pegawai Komunikasi dan Multimedia.

3. UNIT PERPUSTAKAAN

PENGENALAN

Unit ini bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara buku perpustakaan DQ MAIK disamping merancang dan melaksanakan aktiviti serta program bagi memperkasakan fungsi perpustakaan. Selain menyediakan bahan-bahan rujukan, perkhidmatan peminjaman buku, perkhidmatan rujukan pembaca serta khidmat nasihat pencarian maklumat juga disediakan. Unit ini diketuai oleh Penolong Pustakawan.

4. UNIT PENTADBIRAN SISWI

PENGENALAN

Unit ini bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiram am DQ (Perempuan) MAIK di Pendek, Kota Bharu meliputi pengurusan infrastruktur, kebersihan, keceriaan, inventori, aset, surat dan fail, rekod data peribadi kakitangan dan pelajar am DQ (Perempuan) MAIK. Unit ini diketuai oleh Pegawai Pentadbiran Siswi.

 

HUBUNGI KAMI

  • Telefon : 09-7744363
  • Faksmili : 09-7715 773
  • Emel : dqm [at] e-maik [dot] my
  • Laman Rasmi : darulquran.e-maik.my
  • Aduan / Cadangan / Pertanyaan: eAduan MTQ

JUMLAH PENGUNJUNG

Today: 6
Yesterday: 16
This Week: 51
This Month: 95
Total: 1,328