Luruhnya Air Mata Seorang Guru
- Written by: admin
- Published in Berita Tahun 2025
- Hits: 45
Perasaan yang ikhlas tidak akan berbohong. Titisan air mata dan nada yang sebak ketika membacakan doa khatam al-Quran pada hari ini jelas menunjukkan ketulusan hati seorang guru dalam mendidik pelajar-pelajar tahfiz di Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sehingga mereka berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk al-Quran.
Air mata keikhlasan ini tidak mampu dibendung kerana mereka tahu betapa manis dan hebatnya cabaran yang dilalui untuk memastikan adik-adik tahfiz ini menjadi pencinta al-Quran, kerana ada diantara mereka yang dapat khatam hafazan dalam tempoh satu tahun.
Kami yang hadir turut tersentuh. Kami melihat ada ibu bapa yang turut menangis, tangisan bersyukur anak-anak mereka menjadi ahli al-Quran.
Terima kasih warga DQ MAIK, penghargaan juga kepada AF. Ustaz Asmazawawi bin Mohamed (Kelas Ibn Mujahid), AF. Ustaz Wan Mohd Khalil bin Wan Hussin (Kelas Abi Rabiah) dan AF. Ustaz Mohd Shahrir Muhaimi bin Ismail (Kelas Azraq) yang telah memberikan sepenuh khidmat mendidik 32 adik tahfiz ini.
Kelas Ibn Mujahid
- Muhammad Umar Aqil bin Zamri (Khatam Pada 29 Februari 2024)
- Muhammad Aidil bin Mohd Zamri (Khatam Pada 5 September 2024)
- Muhammad Aizat Solihin bin Che Azha (Khatam Pada 22 November 2024)
- Ahmad Afiq bin Che Razak (Khatam 12 Disember 2024)
- Muhammad Al-Amin bin Saupi (Khatam Pada 12 Disember 2024)
- Muhammad Al-Amin bin Saupi (Khatam Pada 12 Disember 2024)
- Muhammad Atiq bin Ghazali (Khatam Pada 12 Disember 2024)
- Muhammad Adam Aiman bin Mohamad (Khatam Pada 17 Disember 2024)
- Muhammad Faris Hakimi bin Ab Rahman (Khatam Pada 26 Disember 2024)
- Muhammad Badrul Aimin bin Othman (Khatam Pada 26 Disember 2024)
Kelas Ibn Mujahid
- Amirul Aiman bin Ismail (Khatam Pada 12 Oktober 2023)
- Ahmad Nasaee bin Mohd Ruf (Khatam Pada 11 Disember 2024)
- Ehab Taufiq bin Mohamad Hazli (Khatam Pada 11 Disember 2024)
- Muhafiz bin Mohamed Suhaimi (Khatam Pada 11 Disember 2024)
- Raja Irsyad Marzuqie bin Raja Salleh (Khatam Pada 11 Disember 2024)
- Mohamad Khairul Wafi bin Md Noor (Khatam Pada 12 Disember 2024)
- Abdul Wafi bin Noor Azmi ((Khatam Pada 18 Disember 2024)
- Ahmad Safwan bin Mayuti (Khatam Pada 18 Disember 2024)
- Ahmad Salman Farisi bin Mohd Sabri (Khatam Pada 18 Disember 2024)
- Aufa bin Abdul Samad Basir (Khatam Pada 18 Disember 2024)
- Iqbal bin Saidi (Khatam Pada 18 Disember 2024)
Kelas Azraq
- Naim Abrar bin Mohd Ramli (Khatam Pada 3 Disember 2024)
- Nik Muhammad Hafizuddin bin Nik Azlee (Khatam Pada 5 Disember 2024)
- Muhammad Izzat bin Ahmad Izani (Khatam Pada 15 Disember 2024)
- Muhammad Syarifuddin bin Pauzi (Khatam Pada15 Disember 2024)
- Wan Aliff Hakim bin Wan Ismail (Khatam Pada 15 Disember 2024)
- Muhammad Fahmi bin Mohamed (Khatam Pada 17 Disember 2024)
- Nik Nasrun Alif bin Nik Mohd Nasri (Khatam Pada 17 Disember 2024)
- Ahmad Taufiq Ilham bin Mohd Hatta (Khatam Pada 23 Disember 2024)
- Muhammad Haziq Fitry bin Mat Yasin (Khatam Pada 23 Disember 2024)
- Muhammad Nafi’ bin Mohd Nain (Khatam Pada 23 Disember 2024)
- Muhammad Rosely bin Muhammad Rosnoruddin (Khatam Pada 23 Disember 2024)
Tahniah kepada semua pelajar tahfiz DQ MAIK yang diraikan hari ini. Tahniah juga untuk pembayar zakat kami, kerana ini adalah kejayaan anda bersama.