Arkib Berita

HADIAH TERINDAH...

Pada tanggal, 25 Jun 2025, ia menjadi detik yang amat mengharukan buat pasangan suami isteri, Encik Mohd Zamri bin Deraman dan Puan Faiza binti Ibrahim apabila anaknya, Muhammad Aidil diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Hafiz Sesi Akademik 2022/2025 di hadapan ratusan tetamu yang menghadiri majlis penuh gilang-gemilang ini. Adik Muhammad Aidil adalah pelajar Darul Quran MAIK.

Anugerah tersebut amat bermakna dan terindah buat Encik Mohd Zamri yang bekerja sebagai buruh dan isterinya seorang suri rumah kerana mereka berdua diberikan penghormatan untuk berada bersama anaknya di pentas bagi menerima penghargaan tersebut.

Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK sempena Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Darul Quran MAIK Bagi Tahun 2025 yang berlangsung di Hotel Renai.

Susuk tubuh yang menjadikan Pensyarah sebagai cita-cita dan memegang falsafah “Takwa adalah penentu kehidupan” sememangnya mempunyai perwatakan yang cukup disenangi oleh para pensyarah, kakitangan serta para pelajar lain.

Jika di kelas, para guru dan pensyarah merupakan sumber rujukan utama para pelajar. Di asrama, kebanyakan pelajar lain sama ada rakan sekelas mahupun pelajar junior menjadikan tokoh ini sebagai guru kecil tempat mereka merujuk berkaitan permasalahan dalam hal ehwal akademik serta subjek melibatkan al-Quran.

Muhammad Aidil menjadikan kekuatan serta didikan bapanya sebagai inspirasi dan pembakar semangat kepada dirinya sepanjang bergelar pelajar bagi mempersiapkan diri untuk diinfaqkan kepada masyarakat.

Anak keenam daripada 9 beradik itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantunya dalam mencapai kejayaan di peringkat ini.

Terima kasih jua ditujukan kepada pembayar zakat kerana dengan izin Allah SWT harta yang diinfakkan kepada MAIK telah dimanfaatkan oleh anak-anak tahfiz untuk mencari redha Ilahi. Pahala berterusan buat pembayar zakat kami. Amin Ya Rabbal Alamin.

#MAIK2025

#DarulQuranMAIK

flickr

www.flickr.com

 

HUBUNGI KAMI

  • Telefon : 09-7744363
  • Faksmili : 09-7715 773
  • Emel : dqm [at] e-maik [dot] my
  • Laman Rasmi : darulquran.e-maik.my
  • Aduan / Cadangan / Pertanyaan: eAduan MTQ

JUMLAH PENGUNJUNG

Today: 5
Yesterday: 22
This Week: 84
This Month: 299
Total: 6,773