Arkib Berita

KEJOHANAN SUKAN HUFFAZ BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

Program Kejohanan Sukan Huffaz atau dikenali sebagai SUKFAZ peringkat Darul Quran MAIK bagi tahun 2025 merupakan sebuah program tahunan yang dikendalikan sepenuhnya oleh Lajnah Sukan dan Rehlah, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang selia oleh Pegawai Kokurikulum DQ MAIK. Program ini telah berlangsung di tiga lokasi berbeza iaitu di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP), Darul Quran MAIK Perempuan di Pendek dan juga di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kejohanan ini telah berlangsung dari 10 Jun 2025 berakhir dengan jayanya pada 3 Julai 2025.

Objektif utama penganjuran SUKFAZ ini adalah untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dalam bidang kesukanan serta menggalakkan budaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan. Di samping itu, ia bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, disiplin dan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan pelajar dan warga Darul Quran MAIK secara keseluruhan.

Sepanjang kejohanan berlangsung, jelas tergambar kesungguhan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam bersaing secara sihat mewakili rumah sukan masing-masing. Sebanyak 9 acara sukan telah dipertandingkan dalam kejohanan ini. Terdapat dua kategori utama yang dipertandingkan iaitu:

        Kategori Staf/Pegawai: Badminton, memanah dan dart

        Kategori Pelajar: Bola sepak, bola tampar, badminton, ping pong, sepak takraw, futsal, karom, dart dan memanah

Sebanyak empat pasukan utama telah mengambil bahagian yang terdiri daripada siswa, siswi, pensyarah dan kakitangan Darul Quran MAIK iaitu:

  1. Salahuddin (Biru),
  2. Qardhawi (Hijau)
  3. Miqdad (Ungu)
  4. Zayyan (Merah)

Kesemua pasukan telah bersaing dengan penuh semangat dan kesukanan demi merebut gelaran Johan Keseluruhan SUKFAZ 2025. Pasukan Zayyan dinobatkan sebagai juara, tempat kedua pula milik pasukan Miqdad, sementara ketiga adalah pasukan Salahuddin dan keempat pasukan Qardhawi.

Kejohanan ini berperanan sebagai platform penting dalam usaha mengukuhkan silaturrahim, membina semangat kesukanan serta memupuk disiplin dan daya saing dalam kalangan pelajar Darul Quran MAIK. Aktiviti sukan bukan sekadar menyihatkan fizikal, malah turut mendidik nilai-nilai murni seperti kerjasama, kesabaran dan ketahanan mental.

Unit Kokurikulum di Darul Quran MAIK sentiasa berusaha untuk memastikan keseimbangan antara pencapaian akademik, spiritual dan juga fizikal dalam kalangan pelajar. Melalui kejohanan ini, diharapkan para pelajar lebih terdorong untuk menyertai aktiviti yang sihat dan bermanfaat serta menerapkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian.

#DarulQuranMAIK

#MAIK2025


flickr
www.flickr.com

 

 

HUBUNGI KAMI

  • Telefon : 09-7744363
  • Faksmili : 09-7715 773
  • Emel : dqm [at] e-maik [dot] my
  • Laman Rasmi : darulquran.e-maik.my
  • Aduan / Cadangan / Pertanyaan: eAduan MTQ

JUMLAH PENGUNJUNG

Today: 4
Yesterday: 22
This Week: 83
This Month: 298
Total: 6,772