Program Projek Khidmat Masyarakat Semester 5/2018 Maahad Tahfiz MAIK Tahun 2018 (Kumpulan B)
- Written by: admin
- Published in Berita Tahun 2018
- Hits: 49
Maklumat Program:
- Date: - -
- Lokasi:Masjid Mukim Panji Kota Bharu, Kelantan.
- Program
Jumaat, 27 - 28 Julai 2018 – Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Projek Khidmat Masyarakat bagi para pelajar semester 5/2018. Program ini merupakan tugasan wajib bagi Mata Pelajaran Khidmat Masyarakat Diploma Tahfiz Al-Quran di bawah Darul Quran, JAKIM dan ianya telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya oleh para pelajar bersama komuniti.
- Meningkatkan kemahiran para pelajar tahfiz dalam bidang yang diceburi sekaligus meningkatkan potensi diri.
- Memperbetul dan melancarkan bacaan-bacaan dalam solat khususnya bacaan-bacaan wajib di dalam solat.
- Memberi kesedaran tentang kepentingan menunaikan solat dan ibadah serta memupuk disiplin yang mantap.
- Membentuk kerjasama pasukan dalam kalangan pelajar demi meningkatkan prestasi maahad.
Beberapa pengisian yang menarik telah dirancang dan disusun dengan teliti seperti amali bacaan al-fatihah dalam solat, qiamullail, ceramah dan gotong-royong mencuci kawasan masjid.
Program ini juga dirancang sepenuhnya oleh pelajar-pelajar semester 5/2018 dengan diselia oleh Af. Ustaz Wan Muhammad Abu Bakr bin Wan Ibrahim, pensyarah maahad ini yang juga Penyelia Umum Khidmat Masyarakat Maahad Tahfiz MAIK dengan dibantu oleh Pegawai Hal-Ehwal Pelajar dan Warden Asrama.
Disediakan Oleh : Wan Mohd Riduan Bin Wan Abdullah