Organisasi

KUNJUNGAN HORMAT DARUL QURAN MAIK KE KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA

Pihak Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada 10 Februari 2026 bagi menimba pengalaman dan pandangan pihak berkenaan berkaitan kajian penubuhan kolej.

Seramai tujuh orang delegasi wakil Darul Quran MAIK disambut oleh Yang Amat Berusaha Profedor Dr Mazlan bin Ibrahim, Rektor KIAS bersama barisan pengurusan utama KIAS yang iaitu Yang Berusaha Dr. Nurul Akma binti Mohamed (Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Penyelidikan), Yang Berusaha Dr. Tuan Mohd Sapuan bin Tuan Ismail (Timb. Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zahari bin Sulaiman (Pendaftar) dan Yang Mulia engku Badariah binti Tengku Yahya (Penolong Pendaftar Unit Jaminan Kualiti).

Tujuan kunjungan ini adalah untuk mendapatkan maklumat, panduan dan perkongsian pengalaman pihak KIAS khususnya berkaitan proses penubuhan kolej IPTS, termasuklah urusan serta keperluan yang melibatkan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Selain itu, pihak Darul Quran MAIK dapat memahami dengan lebih jelas aspek penyediaan dokumentasi, perancangan dan kesiapsiagaan kewangan, serta perkara-perkara lain yang bersifat kritikal dan praktikal dalam memastikan kelancaran penubuhan dan pengoperasian sesebuah institusi pengajian tinggi.

Kunjungan ini dianggap sebagai satu ruang strategik untuk menimba pengalaman serta pandangan berharga daripada pihak KIAS yang telah melalui proses penubuhan dan pengurusan institusi pengajian tinggi swasta secara realiti dan praktikal.

 

flickrwww.flickr.com

HUBUNGI KAMI

  • Telefon : 09-7744363
  • Faksmili : 09-7715 773
  • Emel : dqm [at] e-maik [dot] my
  • Laman Rasmi : darulquran.e-maik.my
  • Aduan / Cadangan / Pertanyaan: eAduan MTQ

JUMLAH PENGUNJUNG

Today: 30
Yesterday: 37
This Week: 124
This Month: 598
Total: 11,278