Organisasi

KURSUS PEMANTAPAN KOMPETENSI IMAM PELAJAR DARUL QURAN MAIK TAHUN 2026

<

Kursus Pemantapan Kompetensi Imam Pelajar Darul Quran telah dianjurkan bagi memperkukuh pengetahuan serta kemahiran para pelajar dalam melaksanakan peranan sebagai imam.

Program ini memberi penekanan kepada aspek bacaan Al-Quran yang sahih, kefahaman fiqh solat berjemaah, serta pembangunan kepimpinan agar para peserta mampu memimpin jemaah dengan lebih yakin dan berwibawa. Selaras dengan tajuk “Imam Berkualiti, Ummah Diberkati,” kursus ini diharapkan dapat melahirkan barisan imam muda yang berkeperibadian unggul serta menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

Kursus ini telah berlangsung di Bilik Kuliah Darul Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) selama dua jam bermula pada jam 8.00 pagi. Kursus ini telah dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hairul Azizi bin Mokhtar, Imam Tua Masjid Jamek Muhammadi, Kota Bharu yang berpengalaman luas dalam bidang pengimarahan masjid dan kepimpinan imam.

Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan panduan bacaan al-Quran yang tepat, perbincangan berkaitan hukum-hakam solat berjemaah dan penjelasan berkaitan ciri-ciri imam yang berkualiti.

Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya mencapai objektif yang telah digariskan. Para peserta menunjukkan komitmen yang baik sepanjang program dan memperoleh manfaat daripada pengisian yang disampaikan. Diharapkan ilmu serta kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam tugasan harian serta menjadi asas kepada pembentukan imam yang berkaliber pada masa hadapan.

Penganjuran Kursus Pemantapan Kompetensi Imam ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha memperkasa pelajar Darul Quran sebagai pemimpin ibadah yang berkualiti. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memastikan kesinambungan pembangunan imam yang berilmu, berakhlak dan berwibawa demi kesejahteraan ummah.

#MAIK2026
#DQMAIK

 

flickrwww.flickr.com

HUBUNGI KAMI

  • Telefon : 09-7744363
  • Faksmili : 09-7715 773
  • Emel : dqm [at] e-maik [dot] my
  • Laman Rasmi : darulquran.e-maik.my
  • Aduan / Cadangan / Pertanyaan: eAduan MTQ

JUMLAH PENGUNJUNG

Today: 30
Yesterday: 37
This Week: 124
This Month: 598
Total: 11,278