Carta Organisasi Darul Quran
- Written by: admin
- Category: Portal Info
- Hits: 125
Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MTQ MAIK) merupakan salah satu bahagian utama di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Ia berperanan melahirkan huffaz yang berwibawa untuk menjadi pelapis kepada generasi huffaz yang terdahulu. Sejarah mulanya berkesinambungan dari Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran yang telah diusahakan penubuhannya oleh Mufti Haji Muhammad Nor bin Ibrahim pada tahun 1980 di bawah kelolaan MAIK yang berpusat di Masjid Muhammadi. Penubuhan Kelas Pengajian ini bertitik tolak dari saranan yang telah dilontarkan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan pada masa itu, Sultan Ismail Petra Ibni Al- Marhum Sultan Yahya Petra. Generasi pertama kelas pengajian ini terdiri daripada 11 orang pelajar dan lima orang guru. Kelas pengajian ini terhenti seketika pada tahun 1989. | ![]() | |
Pada tahun 1990, usaha-usaha menghidupkan semula kelas pengajian ini telah dirancang dan diusahakan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Hasilnya, pada 26 oktober 1991, MAIK telah bersetuju untuk menghidupkan kembali kelas ini dengan melakukan beberapa penambahbaikan. Beberapa perubahan telah dilakukan terhadap sukatan pelajaran untuk disesuaikan dengan peredaran dan perkembangan sistem pendidikan semasa. Pada 1 Januari 1993, satu permohonan telah diajukan kepada Pengarah Intitusi Pengajian Tahfiz Al-Quran Pusat Islam Malaysia Kuala Lumpur bagi mewujudkan program bersama iaitu Program Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat. Permohonan ini telah diluluskan oleh pihak Pusat Islam Malaysia dan berjalan hingga hari ini. Pada sesi pengajian seterusnya (1996 – 1998), seramai enam orang pelajar baharu telah menyambung pengajian mereka di sini bagi meneruskan lagi kesinambungan generasi huffaz MAIK. | ||
Pada tahun 2001, sistem pengajian di Kelas Pengajian Tahfiz al- Qur’an MAIK ini telah diubah kepada sistem pengajian mengikut sistem semester, bukan lagi mengikut sistem tahun sebagaimana sebelum itu. Susulan itu, syarat-syarat kemasukan juga turut berubah dan lebih ketat lagi. Pada Disember 2006, lokasi kelas pengajian ini telah berpindah dari Masjid Muhammadi ke Kompleks Islam Jubli Perak, Panji, Kota Bharu Kelantan. Pada tahun 2007, nama Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran MAIK ditukar kepada nama Maahad Tahfiz Al-Qur’an MAIK. Pada tahun 2010 satu persefahaman (MoU) telah dicapai antara pihak Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dengan Darul Quran JAKIM. Antara kandungan memorandum ini ialah pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat. Mereka yang layak, boleh melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di IPT luar dan dalam negara. Pada tahun 2023, buat pertama kalinya MTQ MAIK telah menerima kemasukan 10 orang pelajar perempuan. Lokasi pengajian bertempat di bangunan Lot 5166 Mukim Pendek, Kota Bharu Kelantan.
Pihak pentadbiran telah bersetuju untuk membuat pertukaran nama Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK kepada Darul Quran MAIK secara rasminya pada 26 Oktober 2024 bersamaan 22 Rabiulakhir 1446H bersempena tarikh penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (26 Oktober 1991). Penggunaan nama Darul Quran ini juga turut mendapat persetujuan pihak Darul Quran JAKIM. | ![]() ![]() |
PENGENALAN
Seksyen Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) merupakan salah satu komponen yang utama dalam pentadbiran Darul Quran MAIK. Seksyen ini bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pelajar yang berkaitan pelaksanaan aktiviti kokurikulum, tatatertib, kaunseling, kesukanan, kebudayaan, penempatan dan kebajikan pelajar. Misi seksyen ini adalah untuk menjadi pemangkin ke arah pembentukan kecemerlangan, kewibawaan dan ketrampilan pelajar melalui pelaksanaan program pembangunan sahsiah. Seksyen ini diketuai oleh Ketua Seksyen HEPA dan dibantu oleh enam orang pegawai yang bertindak sebagai ketua unit.
UNIT-UNIT DI BAWAH SEKSYEN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
1. UNIT DISIPLIN
PENGENALAN
Unit Disiplin merupakan komponen Unit Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Unit ini bertanggungjawab memantau dan bertindak sebagai ejen penguatkuasaan peraturan dan undang-undang ke atas para pelajar dari semasa ke semasa mengikut arahan dan pekeliling dari pengurusan pentadbiran Darul Quran MAIK.
2. UNIT KAUNSELING
PENGENALAN
Unit Kaunseling merupakan satu salah satu komponen yang berada di bawah HEPA yang diterajui oleh seorang Kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia. Unit ini bergerak berpaksikan kepada definisi kaunseling yang sebenar iaitu satu unit yang berperanan dalam melaksanakan proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan kepada kod etika kaunselor, Lembaga Kaunselor Malaysia. Perkhidmatan ini secara amnya, berfungsi dalam memberi bimbingan khususnya dalam bidang akademik, kerjaya, sosial peribadi, keluarga serta hal‐hal lain bergantung kepada isu yang dikongsikan oleh klien.
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
Ruangan khas yang disediakan bagi memenuhi piawaian Lembaga Kaunselor Malaysia dalam usaha untuk mewujudkan suasana terapeutik di samping menjaga kerahsiaan klien sepanjang sesi kaunseling berlangsung antara kaunselor dan klien.
Terdapat beberapa bahan bacaan sampingan seperti buku motivasi, majalah serta bahan bacaan lain yang disediakan kepada individu yang berkunjung ke bilik kaunseling.
Inventori psikometrik yang terdapat di Unit Kaunseling Darul Quran MAIK terbahagi kepada 3 aspek iaitu berkaitan personaliti, kesihatan mental dan emosi serta perkembangan kerjaya. Antara inventori tersebut:
BENTUK PERKHIDMATAN KAUNSELING
JENIS-JENIS KLIEN
Klien yang datang secara sukarela sama ada secara individu atau berkelompok ke Unit Kaunseling bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan kaunseling.
Klien yang dirujuk ke Unit Kaunseling oleh individu lain yang lebih berautoriti seperti pihak pentadbir, pegawai disiplin, pensyarah, warden ataupun individu lain yang berkelayakan.
JENIS-JENIS BORANG YANG DIGUNAKAN
3. UNIT KO-KURIKULUM
PENGENALAN
Kegiatan ko-kurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik kuliah (kurikulum) yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik kuliah. Unit Ko-kurikulum adalah merupakan sebuah unit di bawah kendalian Seksyen Hal Ehwal Pelajar dan Alumni MTQ MAIK yang melaksanakan aktiviti ko-kurikulum bagi melahirkan pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan. Kegiatan ko-kurikulum di MTQ MAIK merangkumi aktiviti dalam sukan dan pembangunan bakat.
4. UNIT PENGURUSAN MPP DAN ALUMNI PELAJAR
PENGENALAN
Unit Pengurusan MPP & Alumni merupakan salah satu unit yang diletakkan di bawah Seksyen Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA). Antara tujuan penubuhannya adalah bertanggungjawab merancang, melaksana dan memantau segala aktiviti MPP di Darul Quran MAIK agar selaras dengan visi dan misi Darul Quran MAIK. Selain itu, unit ini juga bertekad menjadi sumber rujukan tentang kegiatan alumni ke arah mewujudkan hubungan strategik dengan para pelajar bagi merealisasikan impian membawa Darul Quran MAIK ke arah yang lebih cemerlang.
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) DARUL QURAN MAIK
Majlis Perwakilan Pelajar Darul Quran MAIK badan tertinggi pelajar yang diiktiraf sebagai medium rasmi kebajikan pelajar di institusi ini. Keahlian MPP Darul Quran MAIK dipilih melalui sistem demokrasi pilihan raya maahad dan meletakkan pelajar sebagai calon dan warga pemilihnya. MPP diketuai oleh Yang Dipertua yang kebiasaannya dipilih dalam kalangan pelajar yang mendapat undi terbanyak bagi jawatan ini. Pilihan raya kampus adalah satu wadah demokrasi yang diraikan dalam kalangan mahasiswa.
Objektif penubuhan majlis ini adalah:
ALUMNI PELAJAR
Nama rasmi badan ini ialah Pertubuhan Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau dalam sebutan ringkasnya “Alumni Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK” (ATMAM). Badan ini ditubuhkan secara rasmi pada 6 Julai 2021 melalui sijil pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Objektif penubuhan badan ini adalah:
5. UNIT PENYELARASAN HAL EHWAL PELAJAR SISWI
PENGENALAN
Unit Penyelarasan Hal Ehwal Pelajar Siswi merupakan salah satu unit yang diletakkan di bawah Seksyen Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA). Antara tujuan penubuhannya adalah berperanan sebagai pengurus kepada hal-hal yang berkaitan dengan ehwal pelajar siswi di Pendek seperti pengurusan umum, disiplin, ko- kurikulum dan sebagainya.
6. UNIT PENGURUSAN PELAJAR DAN ASRAMA
PENGENALAN
Unit ditubuhkan dengan tujuan menguruskan dan bertanggungjawab sepenuh masa ke atas pengurusan asrama dan dewan makan serta kemudahan dan kebajikan pelajar di asrama pelajar Darul Quran MAIK. Unit ini diketuai oleh seorang Penyelaras dan dibantu pula oleh dua orang Warden Asrama (Penyelia).
PENGENALAN
Seksyen Hal Ehwal Akademik merupakan salah satu seksyen utama di MTQ MAIK. Seksyen ini bertanggungjawab bagi memastikan kualiti program yang ditawarkan memenuhi standard Malaysian Qualifications Agency (MQA). Bagi mencapai tujuan tersebut, seksyen ini bertanggungjawab mentadbir urus Seksyen Hal Ehwal Akademik pelajar serta meningkatkan kompetensi pensyarah merangkumi pengurusan pendaftaran subjek, pelaksanaan program sokongan akademik, pengurusan peperiksaan dan penilaian, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta memastikan prasarana akademik yang kondusif. Unit ini diketuai oleh Ketua Seksyen Hal Ehwal Akademik dengan dibantu oleh Penyelaras-Penyelaras Unit Pengajian.
UNIT-UNIT DI BAWAH HAL EHWAL AKADEMIK
1. UNIT PENGAJIAN TAHFIZ DAN QIRAAT
PENGENALAN
Unit Pengajian Tahfiz dan al-Qiraat adalah salah satu unit kecil di bawah seliaan Unit Hal Ehwal Akademik (HEA). Penubuhan unit ini adalah bertujuan bagi membantu Seksyen Hal Ehwal Akademik di dalam memastikan segala urusan berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam subjek hafazan al-Quran berjalan dengan lancar.
KURSUS-KURSUS DI BAWAH UNIT PENGAJIAN TAHFIZ DAN QIRAAT
SUKATAN AL-QURAN BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT
2. UNIT PENGAJIAN ISLAM
PENGENALAN
Unit Pengajian Islam Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK merupakan satu unit di bawah seliaan Seksyen Hal Ehwal Akademik. Unit ini bertanggungjawab terhadap kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kursus-kursus berkaitan bidang Pengajian Islam mengikut sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) DQ JAKIM.
KURSUS-KURSUS DI BAWAH UNIT PENGAJIAN ISLAM
3. UNIT PENGAJIAN BAHASA
PENGENALAN
Unit Bahasa merupakan unit di bawah seliaan Seksyen Hal Ehwal Akademik Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Ahli-ahli unit merupakan barisan pensyarah yang berkelayakan dalam bidang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi mengendalikan kursus-kursus bahasa. Secara amnya, unit ini bertanggungjawab terhadap kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kursus-kursus berkaitan bahasa mengikut sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) DQ.
KURSUS-KURSUS DI BAWAH UNIT BAHASA
4. UNIT PENGAJIAN UMUM
PENGENALAN
Unit Pengajian Umum merupakan unit di bawah seliaan Seksyen Hal Ehwal Akademik Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Ahli-ahli unit merupakan barisan pensyarah yang berkelayakan dalam bidang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan sudah menghadiri kursus Training Of Trainers (ToT) mata pelajaran Pengajian Umum bagi mengendalikan dan melayakkan mereka mengajar kursus-kursus pengajian umum. Secara am, unit ini bertanggungjawab terhadap kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kursus-kursus yang berkaitan dengan mengikut sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) DQ JAKIM.
KURSUS-KURSUS DI BAWAH UNIT PENGAJIAN UMUM
5. UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
PENGENALAN
Unit Penilaian dan Peperiksaan MTQ MAIK merupakan salah sebuah Unit di bawah Hal Ehwal Akademik yang bertanggungjawab untuk merancang, mengurus dan melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan penyelarasan dan mengendalikan segala aktiviti penilaian dan peperiksaan pelajar berpandukan kepada garis panduan dan peraturan penilaian yang telah ditetapkan pihak Darul Quran JAKIM. Unit ini diketuai oleh Penyelaras Unit yang bertindak arahan dan pemantauan di bawah Ketua Seksyen HEA.
PENGENALAN
Seksyen Khidmat Pengurusan merupakan nadi utama MTQ MAIK dan memainkan peranan sebagai seksyen yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan. Seksyen ini bertujuan mewujudkan pengurusan yang cekap dan berkesan melalui sIstem pengurusan yang mudah dan pantas. Bertanggungjawab mengurus hal-hal pentadbiran am, mengurus semua pembayaran termasuk perolehan, perkhidmatan, elaun pelajar dan pensyarah jemputan. Seksyen ini juga mengurus aset-aset MTQ MAIK, hal-hal pengurusan sumber manusia dan pengambilan pelajar.
Seksyen ini juga bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi pelaksanaan segala aktiviti yang berada di bawah semua seksyen serta menyelaras peruntukan tahunan yang disediakan. Seksyen ini turut menyediakan perkhidmatan sokongan bagi keperluan pembelajaran dan bahan bacaan kepada pelajar serta menjadi platform hebahan berkaitan MTQ MAIK kepada umum.
UNIT-UNIT DI BAWAH SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN
1. UNIT PENGURUSAN AM
PENGENALAN
Unit ini menyediakan perkhidmatan pentadbiran am dan perhubungan kepada warga jabatan bagi meningkatkan tahap profesionalisme selaras arahan perkhidmatan. Unit ini juga merancang, mengurus, menyelenggara segala aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan dan pembangunan. Ia juga menguruskan perkhidmatan meliputi aspek perlantikan, pengesahan, cuti kursus, laporan, penghantaran surat dan fail induk dan juga menguruskan hal-hal berkenaan kewangan.
2. UNIT KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
PENGENALAN
Unit Komunikasi dan Multimedia merupakan unit yang bertindak sebagai penyampai aktiviti, program dan semua hebahan berkaitan institusi pendidikan serta memastikan penyelenggaraan dalam bidang multimedia dalam keadaan baik dan terurus. Unit ini bertanggungjawab menyelaras dan memantau pengemaskinian maklumat dan kandungan laman web rasmi. Selain itu, unit ini berperanan untuk menyelenggara peralatan peralatan multimedia di setiap seksyen dan unit di MTQ MAIK.
3. UNIT PERPUSTAKAAN
PENGENALAN
Unit ini mengurus dan menyelenggara buku di perpustakaan disamping merancang serta melaksanakan aktiviti serta program bagi memperkasakan fungsi perpustakaan. Selain menyediakan bahan-bahan rujukan, perkhidmatan peminjaman buku, perkhidmatan rujukan pembaca serta khidmat nasihat pencarian maklumat juga disediakan.
4. UNIT PENTADBIRAN SISWI
PENGENALAN
Unit ini mengurus hal ehwal siswi di Pendek, Kota Bharu dari semua aspek yang melibatkan urusan pengurusan dan pentadbiran. Unit ini bertanggungjawab memantau hal berkaitan infrastruktur, kebersihan dan keceriaan. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab dalam mengurus rekod dan pengemaskinian data peribadi kakitangan dan pelajar MTQ (Perempuan).
UNIT JAMINAN KUALITI
Maahad Tahfiz al-Quran MAIK telah menjalin kerjasama dengan pihak Darul Quran JAKIM dalam penawaran program pengajian bidang Qiraat sejak tahun 1993. Pada 30 Mei 2018, program pengajian ini telah mendapat perakuan akreditasi penuh daripada pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan penamaan program rasminya sebagai Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. Bagi menyelaras urusan berkenaan pematuhan akreditasi ini, pihak Darul Quran JAKIM menyarankan agar satu unit ditubuhkan di setiap Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ). Justeru, Unit Jaminan Kualiti ditubuhkan dan dikawal selia oleh Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK selaku Ketua Pengurusan Tertinggi MTQ MAIK di penghujung tahun 2018. Tujuh bidang penilaian standard akreditasi program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat Darul Quran JAKIM yang perlu dipatuhi oleh semua seksyen di Maahad Tahfiz al-Quran (MTQ) MAIK adalah sebagaimana berikut: