Organisasi

Berita Tahun 2016

Minggu Orentasi Pelajar Baru Sesi 2016/2018

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi :Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

3-5 Mei 2016 bersamaan 25 hingga 27 Rejab 1437H - Minggu Oriantasi Pelajar Baharu merupakan salah satu acara MTQ MAIK yang diurusetiakan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar(HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Minggu Oriantasi kali ini dapat diakan dengan jayanya bertempat di perkarangn Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji (KIJP).

Antara objektif program ialah, memberi pendedahan sistem pengajian yang baharu, memupuk perasaan cintakan kepada MTQ MAIK dan menyemai semangat cemerlang untuk diri sendiri serta dapat merialisasikan MISI dan VISI Maahad. Program ini bermula dengan pendaftaran asrama, seterusnya dimuatkan dengan taklimat Unit Warden, Unit Al-Quran, Unit Hal Ehwal Akademik(HEA), Unit Hal Ehwal pelajar(HEP), beberapa siri ceramah oleh penceramah-penceramah jemputan dan beberapa aktiviti jasmani dan rohani lagi. Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Mudir MTQ, antara saranan beliau ialah supaya pelajar-pelajar dapat mengekalkan semangat belajar secara berterusan, dapat menimba ilmu dan pengalaman sebanyak-banyaknya selama berada di MTQ serta dapat mengekalkan prestasi peperiksaan dengan cemerlang dari awal semester hingga ke akhir semester.

[widgetkit id=68]

Majlis Perasmian Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Kemasukan 2016/2019 Ke Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi:Dewan Serbaguna, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

3 Mei 2016 - Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan Majlis Perasmian Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Kemasukan 2016/2019 Ke Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,

Program ini merupakan suatu program tahunan yang menawarkan kemasukan ke Maahad Tahfiz al-Quran MAIK bagi mengikuti program Diploma Tahfiz al_Quran Wal-Qiraat Darul Quran JAKIM. Pada tahun ini MTQ MAIK menerima seramai 40 orang calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) untuk mengikuti program tersebut dan pelajar akan belajar di sini selama tiga tahun(enam semester.

Matlamat program ialah untuk merialisasi dan mengembangkan produk pengajian tahfiz kepada umum,manakala sasarannya kepada seluruh pelajar lepasan SPM daripada sekolah Yayasan Islam Kelantan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA).

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Al Fadhil Ustaz Ridhwan Bin Abdul Rahman (Pegawai Dakwah Kanan) mewakili Yang Amat Berusaha Timbalan Yang DiPertua MAIK. Antara saranan beliau ialah, supaya semua pelajar dapat belajar bersungguh-sungguh demi kejayaan di masa hadapan, menjaga nama baik Maahad dan MAIK dan dapat menggunakan duit elaun bulanan dengan sebaik mungkin. Majlis dimurnikan lagi dengan bacaan Ikrar pelajar baharu dan bacaan doa penutup oleh Al Fadhil Tuan Haji Alwe Bin Junos.

[widgetkit id=67]

Majlis Khatam Al-Quran Pelajar-Pelajar Semester Enam Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi Kemasukan 2013 / 2016

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi:Surau Al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

4 Februari 2016 Bersamaan 25 RabiulAkhir 1437 (Khamis) - Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah menggadakan Majlis Khatam Al-Quran Pelajar Semester 6 Sesi kemasukkan 2013/2016 bertempat di Surau Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.Seramai 22 Orang pelajar semester 6 telah menyertai Majlis Khatam tersebut dan dibimbing oleh YS Mejor (B) Abdullah Alawi B.Hj Ismail & Ustaz Shahrir Muhaimi B. Ismail selaku guru pembimbing.

Majlis Khatam tersebut telah dirasmikan oleh YABrs. Tuan Haji Dr Nik Azlan Bin Abd Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK.Dengan menggunakan tema “Generasi Al-Quran Idaman Ummat Sepanjang Zaman”, ia adalah bertujuan Melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang istiqo’mah dalam tarbiah huffaz serta menanam semangat cintakan Al- Quran. Turut hadir sama dimajlis tersebut adalah para pegawai dari Majlis Agama Islam dan AdatIstiadat Melayu Kelantan dan Ibu Bapa.

[widgetkit id=65]

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1437H & Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi:Surau Al-Mawaddah, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

22 Disember 2015 bersamaan 11 Rabiul Awal 1437H, Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul & Majlis Perpisahan Pelajar Semester Akhir. Majlis tersebut telah diadakan di Surau Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra.

Majlis yang bertemakan "Rasulullah Qudwah Ikutan Sepanjang Zaman" dipilih adalah bagi menyemarakkan lagi semangat para pelajar dalam menelusuri sirah & sunnah Baginda SAW seterusnya memperingati perjuangan suci junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan agama Islam.

Majlis bermula dengan solat maghrib secara berjemaah. Kemudiannya para jemaah disajikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu, Alfadhil Ustaz Ahmad Fikri Bin Mat Wi. Bersesuaian dengan tajuk yang berunsurkan Maulidur Rasul, penceramah banyak mengambil qudwah & kisah teladan dari pemimpin ummah yang agung iaitu Nabi Muhammad SAW. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan selawat.

Serentak dengan itu, Majlis Perpisahan bagi para pelajar yang akan keluar juga turut diadakan. Majlis tersebut disempurnakan sendiri oleh Tuan Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK, Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukeri Bin Mohd Noor. Majlis berakhir dengan sesi pembahagian cenderamata kepada pelajar-pelajar tersebut.

[widgetkit id=62]

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Maahad Tahfiz Al-Quran (MAIK) Sesi 2015/2016 Kali Ke-5

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi:Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

11 Disember 2015 (Jumaat) – Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Agung Majlis Perwakilan Pelajar Kali Ke-5 Sesi 2015/2016 bertempat di Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, Panji.

Majlis ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan Majlis Perwakilan Pelajar secara lebih mendalam dan sebagai medium Untuk mengemukakan pandangan dan idea baharu ke arah memantapkan organisasi. Selain itu, ia juga bertujuan menjadikan mesyuarat agung tahunan sebagai medan kaderasi untuk kepimpinan dan medan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar lama dan perlantikan baharu.

Majlis Bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya, ucapan dasar Yang Dipertua Pelajar, pembentangan aktiviti tahunan bagi setiap lajnah, perbahasan usul daripada para pelajar, perbentangan kewangan MPP dan diakhiri dengan pembubaran ahli barisan MPP bagi sesi 2014/2015.

Majlis penyerahan watikah pelantikan dirasmikan oleh Al Fadhil Tuan Mudir Ustaz Sukeri Bin Md Nor dan Pegawai Hal Ehwal Akademik (HEA) Al Fadhil Ustaz Fadhly Hisyam Bin Mat Jun. Majlis Mesyuarat Agung di akhiri dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Yang Di Pertua Pelajar saudara Ahmad Naqiuddin Bin Adnan.

[widgetkit id=61]

HUBUNGI KAMI

JUMLAH PENGUNJUNG

Hari Ini: 2
Kelmarin: 2
Minggu Ini: 13
Bulan Ini: 15
Jumlah: 394