Organisasi

Berita Tahun 2016

Program Lawatan Sambil Belajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Ke Acheh

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi:Pasentren Dayah Ulee Titi, DS Siron, Banda Acheh Nangroe Aceh Darussalam Indonesia
  • Program

9 November 2016 - Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pasentren Dayah Ulee Titi, DS Siron, Banda Acheh Nangroe Aceh Darussalam Indonesia melibatkan 24 orang pelajar cemerlang yang terpilih bersama 12 orang kakitangan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan pada 09 hingga 12 November 2016.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah ke Universitas Islam Negeri Ar-Raniry & Pasentren Dayah Ulee Titi, Perahu di atas rumah penduduk di desa Tsunami, Masjid Baiturahman, Pendopo/ Alun-Alun Kota Banda Acheh dan Muzium Tsunami, Kapal PLTA Terapung dan Masjid Lampuuk, Masjid Baiturahim.

Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih meluas kepada pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran. Lawatan ini juga penting dalam melahirkan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang kerja dalam bidang ini. Selain itu dapat mendorong dan meransang para pelajar agar lebih cemerlang di dalam hafazan al-quran.

Disediakan Oleh : Yasman Bin Hashim

 

Daurah Haid, Nifas & Istihadhah Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Kelantan (MTQN MAIK)

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi:Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji
  • Program

13 Ogos 2016 (Sabtu), Pengajian Daurah Haid, Nifas & Istihadhah bagi siri 1 telah pun diadakan di bawah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK bertempat di Masjid al-Mawaddah. Daurah ini bermula jam 9 pagi sehingga jam 11.30 pagi dengan 2 sesi diadakan. Ia bukan sahaja khusus kepada pelajar Tahfiz MAIK, malah turut dibuka kepada orang awam dan sambutan yang diterima amat baik.

Ustaz Sofuan bin Shaberi selaku penceramah bagi daurah ini cukup arif dan selamba dalam penyampaiannya. Kitab yang digunakan pula adalah kitab yang dialih bahasa dari kitab "Sabilul Muhtadin" karangan beliau sendiri. Sememangnya perbincangan dalam masalah ini amat penting sama ada untuk kaum Adam apatah lagi bagi kaum Hawa. Untuk siri 2 pula akan diadakan pada 27 Ogos 2016 (Sabtu) dan diharapkan lebih ramai lagi penyertaan daripada orang awam bagi sama-sama mengikuti daurah ini.

Jamuan Colek Perdana Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK 1437H

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi:Dewan Huffaz, Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra Panji
  • Program

29 Jun 2016M bersamaan 25 Ramadhan 1437H (Rabu), Aneka colek memang sudah menjadi adat dan kebiasaan di bulan Ramadhan bagi masyarakat Malaysia. Justeru itu, Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK turut mengambil inisiatif untuk mengadakan 'Jamuan Makan Colek' bermula selepas selesai solat terawih hingga jam 11.30 malam bertempat di Dewan Huffaz, Kompleks Islam Jubli Perak. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pensyarah, pegawai dan kakitangan MTQ MAIK yang turut membawa ahli keluarga masing-masing serta sudah tentu dengan keterlibatan semua huffaz MTQ MAIK. Disamping menuntut semangat kerjasama sesama pelajar MTQ semasa penyediaan makanan, tali silaturrahim antara para pelajar dan pensyarah juga turut dieratkan. Majlis yang julung kali diadakan ini diharapkan dapat dianjurkan dengan lebih gempak lagi apabila bertamunya Ramadhan yang akan datang.

Program Liqa-ul Syeikh 1437H/2016M

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi:Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji
  • Program

27 Jun 2016M bersamaan 23 Ramadhan 1437H (Isnin), Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK sekali lagi berjaya mengadakan program liqa-ul quran yang mana ia sememangnya menjadi program tahunan MPP setiap kali tibanya bulan Ramadhan. Program berlangsung di Masjid al-Mawaddah bermula zohor hingga jam 3.00 petang.

Kali ini, dua orang syeikh dijemput iaitu Syeikh Aiman Ahmad Abu Allam dan Syeikh Abd Rahman al-Hafiz yang mana kedua-duanya merupakan imam Terawih Madinah Ramadhan ll yang bertempat di Masjid At-Taqwa, Bandaraya Satelit Islam, Pasir Tumboh. Majlis diserikan ydengan alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca secara bertarannum daripada syeikh. Kemudiannya, syeikh memberi taujihat dan pesanan kepada semua Ahlul Quran khususnya pelajar tahfiz supaya bersungguh-sungguh menjaga al-Quran kerana syafaatnya amat besar di hari akhirat nanti.

Program Klinik Mesra Solat 1437H/2016M

Maklumat Program:

  • Date: - -
  • Lokasi:Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji
  • Program

25 Jun 2016M bersamaan 20 Ramadhan 1437H (Sabtu), Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dengan kerjasama Unit Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak telah mengadakan program Klinik Mesra Solat yang bertempat di Masjid Al-Mawaddah, KIJP. Ia melibatkan tenaga fasilitator seramai 8 orang dengan jumlah peserta dari kalangan anak yatim Darul Aitam Putera seramai 44 orang.

Program seharian ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Jumlah peserta pula diperkecilkan ke bilangan yang sedikit dengan membentuk 8 kumpulan bagi memudahkan fasilitator memberi pendedahan berkaitan solat. Program sepanjang Klinik Mesra Solat ini melibatkan LDK, sesi ceramah, praktikal wuduk, praktikal solat, dan amali solat jenazah.

Program ini dilihat memberi kesan yang amat baik kepada peserta yang mana peserta dapat menguasai wuduk dan solat secara menyeluruh dari segi teori dan praktikal. Ini kerana semua peserta telah pun dinilai pencapaian mereka merangkumi wuduk, azan dan iqamat, bacaan dalam solat, serta perlakuan dalam solat. Penglibatan dan kerjasama semua fasilitator pula begitu baik sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

HUBUNGI KAMI

JUMLAH PENGUNJUNG

Hari Ini: 2
Kelmarin: 2
Minggu Ini: 13
Bulan Ini: 15
Jumlah: 394