Program Baktisiswa Pelajar-Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat MAIK diadakan pada 19-22 Disember 2014 bertempat di Jelawang Resort, Gunong Stong, Dabong. Semua 87 orang Pelajar dan Pegawai/Kakitangan terlibat dalam program tersebut.
Antara pengisian yang diselitkan dalam program tersebut ialah Program Gotong-Royong membersihkan Masjid/Kubur, Perlawanan Bolasepak antara MTQ dan Belia Dabong, Team Building, Jungle Tracking dan banyak lagi.
14 bersamaan 20 Safar 1436H – Satu perjumpaan ramah mesra antara ibu bapa dan penjaga pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MTQ MAIK) dengan pengetua, pensyarah-pensyarah dan kakitangan-kakitangan MTQ MAIK telah diadakan di ruang atas dewan besar Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP) bermula jam 2.10 petang dan berakhir jam 5 petang. Cetusan idea untuk mengadakan pertemuan seperti ini telah lama wujud, namun dek kekangan masa dan kesibukan maka pertemuan ini tersebut berjaya juga diadakan meskipun dalam jangka masa yang singkat.
Dalam pertemuan tersebut, Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Al-Fadhil Ustaz Mohd Sukeri bin Mohd Noor, antara lain dalam ucapan alu-aluannya bahawa tujuan utama perjumpaan ramah mesra yang diadakan buat julung kalinya ini adalah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara para ibu bapa / penjaga dengan semua pensyarah dan kakitangan untuk sama-sama menyelesaikan masalah-masalah berbangkit yang berkaitan dengan prestasi pelajar, disiplin dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan serta hala tuju pelajar setelah mereka berjaya memegang diploma pengajian Tahfiz Al-Quran yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM melalui Darul Quran Kuala Kubu, Selangor.
Setiap bahagian di Maahad Tahfiz Al-Quran temasuk Bahagian Pentadbiran, Hal Ehwal Akademik (HEA) dan Hal Ehwal Pelajar(HEP) telah menyelaraskan dan menyelia tugas dan tanggungjawab unit-unit di bawah masing-masing. Selepas penerangan dari ketiga-tiga bahagian utama di Maahad ini, para ibu bapa / penjaga diberi peluang untuk sesi soal jawab, bertanya dan memberi pandangan bagi menambahbaik pentadbiran ini. Mereka amat berpuas hati dengan penerangan yang diberi serta berharap kepada pentadbiran maahad ini khususnya pihak pengetua maahad menguatkan lagi undang-undang sedia ada yang telah gubal demi untuk menjaga sikap dan akhlak pelajar serta kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik sepanjang berada disini.
10 Disember 2014 bersamaan 17 Safar 1436H – Pepatah Arab ada mengatakan “Alwigayayu khairun minalilaaj” yang bermaksud berwaspada itu lebih baik daripada mengubatinya. Difahamkan dari kata-kata ini bahawa setiap orang daripada kita mestilah menjaga kesihatan masing-masing. Akibat dari kecuaian kita berbagai-bagai penyakit kronik telah berlaku dalam negara kita yag membawa kepada kematian.
Justeru, atas kesedaran itu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MTQ MAIK) telah mengadakan satu seminar perubatan islam bertemakan “Bersama Memartabatkan Rawatan Islam” bertempat di Bilik Seminar,Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak (KIJP) bermula jam 8.45 pagi dan berakhir jam 1.30 tengah hari. Para peserta terdiri daripada semua pelajar Tahfiz MAIK, pensyarah dan kakitangan MTQ MAIK. Perbentangan kertas kerja pada seminar tersebut adalah Al-Fadil Ustaz Muna bin Hamzan.
Dari perbentangan kertas kerja berkaitan dengan penyakit dan cara-cara mengubatinya. Sehubungan dengan itu, dapatlah kita fahami bahawa hikmat disebalik penurunan Al-quran sebagai mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W, ianya mengandungi penawar yang amat besar untuk merawati manusia baik untuk penyakit batin (rohani) mahupun penyakit zahir(luaran). Kadang-kadang penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden boleh dirawat dengan menggunakan ayat-ayat suci al-quran. Sejarah silam telah membuktikan bahawa Rasulullah S.A.W dan para sahabat telah menggunakan ayat-ayat al-quran untuk merawat penyakit dan Rasulullah juga pernah disihir oleh orang yahudi, maka Allah SWT telah mengutuskan dua malaikat untuk merawatnya. Diakhir seminar tersebut, Al-fadil Ustaz Muna telah mengijazahkan Ayat Ruqyah 33 sebagai persediaan untuk para pelajar mengamalkannya di dalam kehidupan seharian sebagai asas perubatan islam.
Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (MPP MTQMAIK) telah menganjurkan Muktamar Majlis Perwakilan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan buat kali ke–4 pada 28 dan 29 November 2014 bertempat di Sweet Beach Resort, Tok Bali, Kelantan.
Program yang diadakan selama dua hari ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar lebih mendalam berkenaan Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengemukakan pandangan dan idea baharu ke arah memantapkan organisasi ini serta sebahagian dari proses pembubaran dan perlantikan MPP baharu.
Muktamar yang bertemakan “BERSAMA MERAKYATKAN PERJUANGAN, NEKAD DENGAN ILMU DAN IMAN” ini telah menjadi satu lambang kekuatan ukhuwwah dikalangan pelajar MTQ MAIK sejak ditubuhkan disamping menjaga adab-adab sebagai seorang yang bergelar Ahlul Quran ‘Hamalatul Quran’.
Majlis penyerahan watikah perlantikan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Al-Fadhil Ustaz Sukeri Bin Mohd Nor dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Al-Fadhil Ustaz Hj. Najmuddin Bin Ismail. Majlis Muktamar di akhiri dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Yang Di Pertua Pelajar saudara Muhamad Zulshuhaifi Bin Ismail.
Antara aturcara program muktamar ini adalah sesi soal jawab berkaitan ke mana hala tuju Majlis Perwakilan Pelajar MTQ MAIK seterusnya. Program-program ilmiah serta kokurikulum juga turut diselitkan sepanjang persidangan ini berlangsung.
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat MAIK telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pasentren Sumatera Thawalib Parabek Bukit Tinggi, Padang, Indonesia pada 16-18 Oktober 2014. Lawatan tersebut diketuai oleh AF. Tuan Pengetua dan Penolong Pegawai Tadbir MTQ sebagai Ketua Urusetia serta 5 orang Pegawai dan 30 orang Pelajar terpilih yang cemerlang dalam akademik berdasarkan peperiksaan terkini.
Objektif lawatan tersebut ialah untuk memberi pendedahan, pendekatan dan dapat bertukar-tukar pendapat dengan lebih luas kepada pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran, melahirkan pelajar yang berpengalaman luas dan berketerampilan dalam bidang Tahfiz Al-Quran, memberikan pengalaman yang baru kepada kakitangan dan menimba ilmu untuk memantapkan lagi institusi pengajian dan banyak lagi.
Antara tempat yang dilawati ialah Pasentren Sumatera Thawalib Parabek Bukit Tinggi, Rumah Kelahiran Allahyarham Buya Haji Abdul Malik Karim Hamka Amrullah (HAMKA) di Tepian Danau Maninjau, Nagari Sungai Batang, Kecamatan Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat. Antara lain ialah di Istana Pagaruyung, Minangkabau.