Organisasi

Portal Info

UNIT BAHASA

PENGENALAN

Unit Bahasa merupakan unit di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Akademik Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Ahli - ahli unit merupakan barisan pensyarah yang berkelayakan dalam bidang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) bagi mengendalikan kursus-kursus bahasa. Secara amnya, unit ini bertanggungjawab terhadap kelancaran proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kursus-kursus berkaitan bahasa mengikut sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan oleh pihak Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) Darul Quran, JAKIM.

FUNGSI

  • Bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) bagi kursus-kursus di bawah seliaan unit mengikut sukatan dan kaedah yang telah ditetapkan.
  • Menghadiri taklimat akademik bagi kursus-kursus di bawah seliaan unit setiap sesi pengajian baru.
  • Memantau dan mengkaji pencapaian akademik bagi kursus-kursus di bawah seliaan Unit.
  • Merancang dan melaksana program-progam peningkatan pencapaian akademik setiap semester bagi kursus-kursus di bawah seliaan unit.

UNIT PENTADBIRAN & REKOD

PENGENALAN

Bahagian Pentadbiran dan Rekod merupakan salah satu Bahagian Utama di Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK. Ianya diwujudkan adalah untuk mengendali kerja-kerja yang berkaitan dengan Bahagian Pentadbiran,Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar,fungsi bahagian ini sebagaimana berikut,

FUNGSI

Mengurus hal-hal pentadbiran AM untuk mendapat kelulusan dari MAIK,
Mengurus bayaran elaun bulanan pelajar.
Mengurus bayaran elaun pensyarah sambilan (parttime).
Mengurus bayaran tuntutan pembelian barang-barang atau peralatan.
Mengurus fail kursus,seminar,bengkel,mesyuarat,program dan lain-lain perkara yang melibatkan kos kewangan dan pelepasan kakitangan serta pelajar.
Mengurus surat menyurat sama ada berkaitan dengan MAIK,Darul Quran dan Jabatan-Jabatan lain.
Mengurus ha-hal kebajikan dan keselamatan kakitangan dan pelajar.
Sebagai perancang,pelaksana serta pemautau semua aktiviti di bawah bahagian atau unit.
Merancang dan mengurus perbelanjaan tahunan MTQ mengikut bajet yang telah diluluskan oleh pihak MAIK.
Mengawal selia semua aset MTQ serta membuat penambahbaikan mengikut kepentingan semasa.
Merekod serta mengemaskini maklumat berkenaan dengan kakitangan dan pelajar.
Mengadakan kolaborasi dengan pihak-pihak yang berkepentingan.

Perutusan Mufti Negeri Kelantan

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Laman Rasmi Darul Quran MAIK yang baharu mula diwujud pada tahun 2013.Sekalung tahniah buat Jawatankuasa yang terlibat dalam tugas ini selari dengan keperluan masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat tentang maahad dapat dilaksanakan.

Hakikatnya, portal umpama e-kaunter pelanggan yang membolehkan para pelanggan, warga MAIK serta orang awam bebas untuk mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi sistem pengajian tahfiz di negeri kita ini. Selain itu juga, portal juga berupaya membina jaringan antara institusi-institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia. Tahniah juga buat kakitangan-kakitangan Unit Teknologi Maklumat MAIK yang bertungkus lumus menyiapkan Portal ini sehingga berjaya sampai ke tahap ini. Saya amat berharap agar usaha ini turut dicontohi oleh institusi - institusi pengajian tahfiz di negeri Kelantan yang masih lagi belum berkesempatan untuk berbuat demikian bagi merapatkan lagi jurang antara kita semua.

Sekali lagi tahniah buat warga Darul Quran MAIK, para pensyarah serta mereka yang terlibat dalam bidang pengajian ini yang setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya, di tangan kitalah diletakkan tanggungjawab untuk mencorakkan anak bangsa yang bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik bahkan berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi. Dalam hal ini, kita adalah model utama untuk diteladani.

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi ringan dengan niat yang ikhlas. Semoga dengan keikhlasan, kesungguhan, pengetahuan dan teknologi yang disatupadukan mampu untuk memastikan bahawa Visi dan Misi Darul Quran MAIK dapat dirialisasikan.

Sekian,terima kasih


YB. Sahibul Samahah Dato’ Haji Shukri Bin Mohamad
Mufti Negeri Kelantan

Perutusan Pengetua MTQ MAIK

Assalamualaikum,segala puji dan syukur kepada Allah Taala serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, kerana dengan taufiq dan hidayahnya Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dapat mewujudkan portal rasmi sebagai sebuah pentas untuk menyampaikan atau berkongsi maklumat dengan seluruh masyarakat pada hari ini. Ucapan ribuan terima kasih saya tujukan kepada semua kakitangan Maahad dan Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia MAIK kerana bertungkus lumus menyumbangkan idea-idea yang mantap sepanjang proses portal dibangunkan.

Dengan wujudnya portal ini, bermakna Maahad Tahfiz tidak asing lagi berada di dalam dunia ICT bagi menyalurkan info-info akademik dan perkembangan semasa yang dijalankan kepada para ibu bapa,pelajar,kakitangan dan masyarakat dengan lebih efisyen. Pada masa yang sama, ianya dapat membantu kita untuk lebih mengenali sejarah penubuhan,visi,misi dan objektif agar maahad selalu dekat di hati serta sama-sama memartabatkan Institusi Pengajian Tahfiz Peringkat Diploma di negeri Kelantan ini.

Dengan terbinanya portal ini, maka terbuktilah Maahad Tahfiz sentiasa cakna dengan perkembangan teknologi maklumat yang merupakan suatu alat dalam menyampaikan dakwah. Akhir kata,saya berharap agar portal ini sentiasa utuh, demi mengangkat martabat pendidikan Al-Quran ke arah lebih berkualiti dan berdaya saing serta memudahkan pihak kami memperkasakan program yang dirancang bagi membina Generasi Al-Quran(Jilul Quran) yang bersifat Rabbani.

Sekian,terima kasih

AF. Ustaz Mohd Sukeri Bin Mohd Nor
Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran
Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

Penafian

PENAFIAN: Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam portal ini.Pengunaan maklumat dari portal tersebut adalah di atas tanggungan pengguna. Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK tidak bertanggungjawab diatas sebarang salah maklumat atau kandungan yang dipaparkan berbeza daripada maksud sebenar. Kandungan rasmi laman web adalah di dalam Bahasa Melayu.

HUBUNGI KAMI

  • Telefon : 09-7744363
  • Faksmili : 09-7715 773
  • Emel : dqm [at] e-maik [dot] my
  • Laman Rasmi : darulquran.e-maik.my
  • Aduan / Cadangan / Pertanyaan: eAduan MTQ

JUMLAH PENGUNJUNG

Today: 30
Yesterday: 37
This Week: 124
This Month: 598
Total: 11,278