CARA UNTUK MEMOHON
- Written by: admin
- Category: Portal Info
- Hits: 153
PERMOHONAN KEMASUKAN TELAH DITUTUP
* Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 17 Julai 2022 adalah dianggap tidak berjaya
* Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 17 Julai 2022 adalah dianggap tidak berjaya
PENGENALAN
Unit Disiplin Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK merupakan satu salah satu komponen yang berada di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK di mana ianya diterajui oleh seorang Pegawai Disiplin yang dilantik khas oleh Pengetua atas tujuan mengawal selia peraturan-peraturan dan pelaksanaannya secara menyeluruh keatas para pelajar.
FUNGSI
PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Pelajar adalah satu-satu kompenan utama bagi satu-satu organisasi pendidikan .Ianya diklasifikasikan khusus sebagai saluran utama bagi proses melahirkan bakal guru yang berkualiti seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru sebenarnya merupakan satu usaha yang mencabar dan berterusan. Unit Hal Ehwal Pelajar adalah salah satu unit di Maahad Tahfiz Al-Quan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MTQ MAIK). Ianya ditubuhkan untuk memberi khidmat berkenaan kebajikan serta mengasah kepimpinan pelajar.Pelbagai pendekatan telah diambil dan beberapa perubahan telah di buat dari segi pentadbiran dan pengurusan sistem bagi membolehkan perkhidmatan terbaik dan cekap diberikan kepada pelajar.Unit Hal Ehwal Pelajar bersama-sama bertanggungjawab menghasilkan graduan bumiputra bukan saja berilmu malahan berwibawa membimbing masyarakat.
FALSAFAH
Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah membentuk generasi Al-Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.
VISI
Membudayakan dan memantapkan sahsiah pelajar berasaskan disiplin dan kerohanian( Taqwa)
MISI
Merancang program yang strategik dan berkualiti untuk pemantapan sahsiah
OBJEKTIF
FUNGSI
PENGENALAN
Unit Kaunseling Maahad Tahfiz al-Quran MAIK merupakan satu salah satu komponen yang berada di bawah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK di mana ianya diterajui oleh seorang kaunselor berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia. Unit ini mula beroperasi pada 1 Januari 2020 dan bergerak berpaksikan kepada definisi kaunseling yang sebenar iaitu satu unit yang berperanan dalam melaksanakan proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien (pelajar) yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan kepada kod etika kaunselor, Lembaga Kaunselor Malaysia. Perkhidmatan ini secara amnya berfungsi dalam memberi bimbingan khususnya dalam bidang akademik, kerjaya, sosial, peribadi, keluarga serta hal‐hal lain di samping membantu mengawal selia pergerakan dan aktiviti pelajar serta sikap dan akhlak mereka sepanjang berada di mahaad ini.
FUNGSI